Selasa, 31 Mac 2009

Syirik?

“Duit saya hilang…,boleh pakcik tengokkan di mana saya letak?”Bunyinya macam suatu permintaan dan amat mudah ,’tolong tengokkan’, bukankah pakcik itu seorang manusia biasa ,punya sepasang mata dan pancaindera yang lain seperti kita. Bukankah Allah telah menegaskan di dalam firman Nya yang bermaksud:

Katakanlah: ‘Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah.’ (Surah an-Naml 6: 65)

Dalam hal ini, Sheikh Soleh bin Abdullah al-Fauzan menyatakan:“Maka barangsiapa mengaku mengetahui perkara ghaib dengan apa jua kaedah - selain yang dikecualikan oleh Allah kepada para rasul-Nya (melalui wahyu-Nya) - maka dia adalah pendusta, kafir, sama ada melalui kaedah membaca tapak tangan, gelas, perdukunan, sihir, perbintangan (zodiak) atau lainnya.” (Lihat kitab At-Tauhid, hlm. 30, karya Shiikh Soleh bin Abdullah al-Fauzan, Penerbit Darul Qasim, Cet. 2, Thn. 1421H/2000M)

Di ketahui umum, amat luas sekali cerita mengenai ‘syirik’ yang di paparkan di kaca televisyen kini.Tetapi,adakah kita betul-betul faham makna syirik dan menepatikah mesej yang hendak di sampaikan oleh mereka?

PENGERTIAN SYIRIK:


Syirik ialah lawan dari perkataan tauhid,esa dan menyekutu. Menjadikan segala yang selain Allah itu setaraf dengan Nya baik dari segi zat-Nya, sifat ataupun perbuatan.Dalam surah Luqman, Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)

Firman Allah lagi:
“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”

As Syaikh Al Allamah Hafidh bin Ahmad Hakami rahimahullah menerangkan :

Syirik itu ialah bila seseorang hamba Allah menjadikan segala yang selain Allah sebagai sesuatu yang sederajat dengan-Nya, sehingga mencintainya seperti mencintai Allah, takut kepadanya seperti takut kepada Allah, mengikutinya didalam hal yang tidak diredhai Allah, mentaatinya padahal dengan perbuatannya itu dia bermaksiat kepada Allah, dan mensejajarkan dengan-Nya dalam hal mendapatkan haq peribadatan.

Syirik terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Syirik Besar(Syirikul Akhbar)
melakukan beribadatan yang ditujukan selain daripada Allah.Menyakini selain dari Nya yang berhak di sembah.
"Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai rabb-rabb selain Allah.." ( At-Taubah : 32).
Adi bin Hatim berkata: "Wahai Rasulullah! Dahulu kami tidak pernah menyembah mereka." Rasulullah bertanya: "Bukankah mereka menghalalkan yang diharamkan Allah, lalu kalian ikut menghalalkannya, dan mengharamkan yang dihalalkan Allah, dan kalianpun turut mengharamkannya?" Adi menjawab: "Benar wahai Rasulullah." Beliau bersabda: "Itulah bentuk ibadah kepada mereka."
Jadi orang-orang Nasrani yang mentaati para rahib mereka dalam berbuat maksiat dengan keyakinan membolak-balik yang halal dan yang haram dengan mengikuti pendapat para rahib tersebut, di anggap ibadah kepada selain Allah. Itu termasuk perbuatan syirik besaryang bertentangan dengan tauhid. Adapun berkenaan dengan pertanyaan, bila orang yang menaati orang tuanya misalnya dalam berbuat maksiat itu meyakini bahwa perbuatannya itu maksiat, dianggap ia memperturutkan hawa nafsu, bukan ketaatannya yang dimaksud di atas. Atau bila ia melakukannya karena takut dihukum oleh kedua orang tuanya bila tidak sampai tingkat "dalam paksaan", maka ia berdosa, berbuat maksiat dan melanggar sabda Nabi:
"Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah Azza wa Jalla." Diriwayatkan oleh Ahmad (1041), dan hadits itu sahih.

Syirik Kecil(Syirikul Asghor)
syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.Ia tidak seperti syirik besar yang dapat membatalkan iman seseorang. Yang termasuk jenis ini ialah segala macam peribadatan yang diperuntukkan selain Allah disamping mencari redha Allah. Rasulullah bersabda:

"Sesuatu yang paling aku khawatirkan menimpa kamu sekalian ialah syirik paling kecil. Maka beliau ditanya tentang itu. Beliau berkata: Riya" (HR. Ahmad, sahih)


Melihat kepada keadaan umat Islam pada hari ini, ternyata amalan syirik besar dan kecil berlaku dengan sedar atau tidak. Walaupun masyarakat Islam khususnya Perlis tidak menyembah berhala,tetapi pendedahan kepada syirik masih berleluasa. Kepercayaan kepada keramat,keyakinan membuta tuli pada bomoh-bomoh atau dukun,penggunaan azimat termasuk tangkal,gelang dan keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang dari manusia dan bermacam-macam lagi. Sheikh Soleh bin Abdullah al-Fauzan menyatakan:“Maka barangsiapa mengaku mengetahui perkara ghaib dengan apa jua kaedah - selain yang dikecualikan oleh Allah kepada para rasul-Nya (melalui wahyu-Nya) - maka dia adalah pendusta, kafir, sama ada melalui kaedah membaca tapak tangan, gelas, perdukunan, sihir, perbintangan (zodiak) atau lainnya.” (Lihat kitab At-Tauhid, hlm. 30, karya Shiikh Soleh bin Abdullah al-Fauzan, Penerbit Darul Qasim, Cet. 2, Thn. 1421H/2000M)
Gejala syirik kecil juga tidak kurang hebatnya seperti beramal untuk manusia,lebih-lebih lagi ketika menjelang Ramadhan,seperti menghulurkan sedekah,melipat gandakan ibadah dan sebagainya. Tidak kurang juga perasaan hasad dengki dengan kelebihan seseorang,bermuka-muka,tidak ikhlas dalam melaksanakan tugas, ini menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam pada hari ini.
Beberapa langkah harus dilakukan sebelum membarah di dalam hidup manusia termasuk pelaksanaan undang-undang Islam secara menyeluruh.Perbanyakkan penerangan berupa ceramah,bengkel dan sebagainya mengenai bahaya syirik mengikut ajaran yang sebenar yang tidak tergelincir dari Al-Quran dan As-Sunnah. Anggota masyarakat mesti dan patut di dedahkan dengan bahaya syirik supaya mereka dapat membezakan perbuatan dan perkataan mereka yang selami ini telah atau hampir kepada unsur syirik atau sebaliknya.Firman Allah:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa orang yang menyekutukan-Nya dengan selain-Nya dan akan mengampuni dosa-dosa selainnya bagi siapa yang dikehendakin-Nya. (An Nisa : 84)
Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Nya yang tidak lalai dan tidak pula sesat.Amin.

1 ulasan:

  1. salam

    posting yang baik, cuma betulkan sedikit ejaan ye..?

    Al-Shirk al-Akbar (as-shirkul akbar), bukan syirikul akbar

    begitu juga

    Al-shirk al-asghar...

    BalasPadam