Ahad, 22 Februari 2009

"HIKMAH KEJADIAN DI PALESTIN"

Kisah Nabi Musa a.s dengan Firaun dapat memberi pengajaran dan panduan kepada kita sejauhmana kekuatan serta kekuasaan manusia itu, hanya Allah yang lebih layak dan berkuasa ke atas segala sesuatu.Setiap kezaliman di balas jua oleh Allah sepertimana tenggelamnya sebuah kerajaan milik Firaun yang terkenal dengan kekuasaan serta kezaliman. Allah berfirman mengenai Firaun:
Maksudnya: “Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka.Sesungguhnya Firaun termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan”. ( Al Qashash: 4)
Terfikirkah kita bahawa kuasa Amerika adalah seperti mereka ini? Kemanakah kesedaran kita dalam menghadapi isu Palestin? Kita sudah maklum bahawa perebutan kuasa di Gaza sudah selesai setelah kemenangan berpihak secara majoriti kepada Hamas. Tetapi,sengketa ini berlarutan apabila Israel dan sekutu kuatnya iaitu Amerika mahukan Fatah memerintah.Inilah jarum busuk dan maut yang dipasang oleh musuh Islam ini. Saban hari ada sahaja yang terkorban.Bedilan bom tidak mengenal kanak-kanak,wanita dan seluruh umat di bumi Palestin. Kezaliman terhadap Palestin yang kita sendiri tidak tahu penghujungnya, merupakan petanda dan petunjuk yang mempunyai sejuta hikmah dari Allah agar setiap daripada kita yang bergelar muslim wajib berbaik sangka apatah lagi membuka mata dan hati masing-masing. Allah S.W.T berfirman:
Maksudnya: “Tiada sesuatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfudz) sebelum Kami menciptakannya .Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri”. [Qs. 57: 22-23]
Sesungguhnya kemenangan itu berada di tangan Allah. Bertepatan dengan firmanNya yang bermaksud:“Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu; dan jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu kerana itu hendaknya kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal”. [Qs. 3:160]
Di sini, kami titipkan beberapa petikan daripada khutbah yang di sampaikan oleh Asy Syaikh Abdul Aziz Alu Asy-Syaikh (Mufti Saudi Arabia):
"Ke mana Pertubuhan Hak Asasi Manusia (HAM) dan PBB, ke mana perginya mereka berhadapan dengan kezaliman dan penindasan ini. Ini semua semakin meyakinkan bahawa musuh-musuh Islam senantiasa bersekongkol dalam satu barisan di hadapan agama ini dan di hadapan akidah ini. Maka bersabarlah umat Islam di atas agama mereka dan bantulah saudara-saudara mereka dengan doa agar mengukuhkan pijakan-pijakan mereka dan memperbaiki hati-hati mereka dan menyatukan kalimat mereka dan hendaknya mereka membantu saudara-saudara mereka dengan apa saja yang mereka mampu dari bantuan-bantuan, sesungguhnya mereka dalam keadaan yang sangat memerlukan bantuan. Sesungguhnya ini merupakan bukti akan penyatuan umat dan saling bantu-membantu dengan saudara-saudara mereka. Kerana kaum mukminin ibarat bangunan yang saling kuat,utuh dan bagaikan satu tubuh apabila jika salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh turut merasai panas dan bahangnya. Bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik”. ( Al Maidah: 82)
Mereka orang-orang Yahudi yang mengingkari risalah Nabi Musa a.s dan melakukan berbagai macam kebatilan, mereka adalah musuh bagi segenap makhluk. Allah berfirman lagi:
“Setiap mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerosakan dimuka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan. [QS. 5:64]
Maka wajib bagi setiap muslim untuk kembali kepada Allah dan bertaubat dari segenap dosa dan kemaksiatan. Dan wajib bagi saudara-saudara kita di Palestin untuk bersatu dan menyatukan hati dan berdiri dengan penuh kekuatan dan bersatu-padu di hadapan tentangan besar in, maka semoga Allah mendatangkan keputusan dari sisi-Nya dan semoga Allah memberi jalan keluar dari keadaan ini dan mengangkat bencana ini, sesungguhnya Dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.”
(Petikan ceramah ini diambil dari khutbah beliau di Masjid Al Imam Turki bin Abdillah di Riyadh, pada hari Jumaat bersamaan 5/1/1430 H. Tajuk ceramah beliau mengenai Hijrah Nabawiyah serta hari Asyura & kisah Nabi Musa a.s)
Mengertilah ,dimana Islam lahir, disitulah kita. Benar kata pepatah, cubit peha kanan,peha kiri turut terasa sakitnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ayuhlah, marilah kita bersama-sama menghulurkan derma dan sentiasa berdoa semoga mereka diberi kekuatan, ketabahan dan syahid kepada mereka. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)

Rabu, 28 Januari 2009

Hari Kekasih?




Hari kekasih atau “valentines day” mula membudayai di kalangan masyarakat kita di sekitar 1980an. Ia adalah kesan daripada budaya asing yang merebak melalui media cetak mahupun elektronik. Perayaan ini membawa makna yang lebih tepat iaitu mengungkap perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai. Setiap pasangan sibuk mengutuskan kad-kad ucapan, menempah hotel-hotel, menghadiahkan jambangan bunga dan tidak hairan juga ada yang sanggup memberikan ‘kehormatan’ sebagai hadiah.
Generasi muda pada hari ini mengikut sahaja tanpa mempersoalkan bahawa ‘valentines day’ ini adalah tradisi dan ajaran kristian. Pada pandangan mereka kononnya mengikut peredaran zaman meskipun menyalahi ajaran Islam. Padahal Allah telah berfirman:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka katakanlah : “sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).” Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah mengetahui datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. Orang-orang yang telah kami berikan Al-kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al-Baqarah:120-121)

Terdapat tiga pendapat mengenai Valentine’s Day:

i. Semasa pemerintahan empayar Rom, 14 Februari ditetapkan sebagai cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Manakala pada keesokkan harinya pula, diadakan Pesta Lupercalia iaitu tradisi di mana, nama- nama gadis akan ditulis di atas kertas. Pemuda-pemuda akan memilih nama-nama tersebut dan nama yang terpilih akan menjadi pasangan mereka di sepanjang pesta itu berlangsung.

ii. Pendapat kedua, pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine di bunuh semasa pemerintahan Raja Claudius II (268-270 Masihi) kerana berlakunya satu pertelingkahan. Pada ketika itu, Raja Claudius telah membatalkan semua majlis perkahwinan kerana Rom terlibat dengan peperangan. St. Valentine dan St. Marius tetap mengahwinkan pasangan-pasangan secara rahsia. Malangnya, Raja mereka dapat mengesan perbuatan ini dan mengarahkan supaya St. Valentine di tangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari (270 Masihi). Maka 14 Februari diadakan upacara keagamaan bagi memperingati kematian St. Valentine sebagai simbol keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi dugaan hidup.

iii. Valentine’s Day di ambil sempena nama seorang paderi di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. St. Valentines merupakan paderi Katolik yang kedudukannya kedua tertinggi selepas Pope. Beliau menggemparkan pemerintah dan rakyat Cordova apabila menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya. Sememangnya seorang paderi tidak boleh berkahwin apatah lagi berkahwin dengan pengamal Protestan. Tindakan tersebut menimbulkan rasa murka oleh Ratu Isabella, baginda menintahkan untuk memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sesungguhnya jelaslah bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’ Day dalam agama Islam. Hakikatnya umat Islam punyai identiti yang tersendiri dan tidak mencampur aduk akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah serta peribadatan agama lain. Berdasarkan firman Allah S.W.T :
“Katakanlah (wahai Muhammad): hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadatan dan kamu pula tidak mahu beribadatan secara aku beribadatan. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Al-Kafirun ayat 1-6)

Berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.”

Islam menggalakkan umatnya berkasih sayang akan tetapi bagi meluahkannya perlulah dengan saluran yang dibenarkan oleh syarak, bukannya yang mendorong atau merangsang kepada perayaan yang mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian. Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Usaha untuk memupuk kasih sayang bukanlah ditetapkan pada hari tertentu sahaja, kerana cinta merupakan proses kasih sayang yang berterusan dan berpanjangan.